Dengan kalimah ayat 9 saya mulakan.(baca sambil pasang lagu giegel kat atas tu lg masyuk) Bagaimana hari-hari trading sekalian? Alhamdulillah di harap semua traders sihat-sihat belaka account history nya. Apatah lagi profit nya! =). Di dalam apa jua arena, HEBAT itu bukanlah soal yang pertama. Benih kejayaan itu harus datang,timbul dari jiwa,naluri, tuan punya badan. Manusia yang HEBAT bermula daripada TIDAK HEBAT. Perbezaannya mungkin dari segi pengalaman,kesungguhan,kesanggupan seseorang itu terhadap apa yang dilakukan. Saya juga mengalami pengalaman yang TERUK di dalam dunia trading. Sudah pasti mesti ada LOSS. Itu perkara biasa. Tiada seorang trader yang tiada LOSS sepanjang penglibatan diri di dunia forex. Di sebabkan oleh LOSS, bermulalah satu pengalaman iaitu di panggil KEGAGALAN.
IBU kejayaan daripada KEGAGALAN. Daripada kegagalan wujudnya pengalaman. Andai kata anda sudah banyak LOSS, carilah apa puncanya? Insya'Allah akan jumpa jawapannya. Saya juga belajar daripada kegagalan saya. Dari situ dapatlah point point yang mungkin kita terlepas pandang sebelum ni. Tidak semestinya hari ni trade kena SL,esok tak boleh kena TP kan? Jawapannya boleh!. Semangat mesti kene kuat brother. Sekejap dok panas sekejap dok sejuk,mustahil la nak dapat result yg terbaik! (pesan pd diri aku jugak.haha)
Forex trading adalah bisnes dunia. Anda patut faham dan bersedia dengan apa jua rintangan dan risiko yang di ambil. Tetapi risiko itu boleh dikurangkan jika kita belajar dan terus belajar daripada KEGAGALAN. Sememangnya ketika kita GAGAL, bertubi-tubi BOM ATOM yang akan di hantar kepada anda. Bersabarlah tuan.Allah di sisi mu.U buat keputusan untuk berjaya, jadi just don't care what people say. Yang pastinya kita berusaha bersungguh-sungguh dan saya percaya Allah S.W.T pasti akan mengkabulkan apa yang kita usahakan Insya'Allah. Yang dah lepas lepaskan saja..Bersedia dan bergerak ke hadapan.Berjuanglah bersama-sama insan yang mengenal erti persahabatan.Seperti nabi kita bersama dengan para-para sahabat. Itulah organisasi mantap!Saya doakan untuk ke semua trader, anda seorang pakar cop duit .Jangan menyesal kerana ilmu bidang ini tidak lupus.Semestinya anda seorang yang bergelar jutawan senyap kelak.Amin.
- Nota dari trader yang masih berada di zon SIDEWAY - Tunggu nak break out XD -

Punca Kegagalan dalam Traders (Forex)
ReplyDeletehttp://lemangpanas90.blogspot.my/2015/11/punca-egagalan-dalam-traders.html